Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple iMac Pro Akan Dijual Di Malaysia Bermula Esok

Sebelum ini kami melaporkan Apple Imac Pro akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Disember. Hari ini tarikh pelancarannya akhirnya diketahui iaitu pada 14 Disember menerusi laman rasmi Apple Malaysia.

iMac Pro menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan kasa pemprosesan dan grafik yang sangat tinggi. Ia hadir dengan cip Xeon 18-teras, serta dilengkapi kad grafik Radeon Vega.Ia akan menggunakan skrin 27-inci dengan resolusi 5k, sokongan SSD sehingga 4TB, sokongan Thunderolt 3, dan memori sehingga 128GB ECC.

Dengan spesifikasi tinggi ini, ia turut memudahkan anda melakukan pelbagai penyuntingan video – terutamanya video 4K dan video 360-darjah tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk iMac Pro ini masih belum diumumkan. Mungkin dengan penyenaraian pada laman Apple Malaysia ini, kita akan mengetahui lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Di Amerika Syarikat, iMac Pro ditawarkan pada harga bermula $4999, iaitu sekitar RM21k.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple iMac Pro Akan Dijual Di Malaysia Bermula Esok

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×