Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

HP Spectre 13 Kini Di Malaysia – Komputer Riba Ternipis Dunia Pada Harga RM5899

HP Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Komputer Riba terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu HP Spectre 13. Komputer riba ini dikatakan oleh HP sebagai komputer riba paling nipis di dunia, dimana membawakan ketebalan hanya 0.41-inci sahaja.

HP Spectre 13

HP Spectre 13 hadir dengan skrin 13-inci menggunakan rekaan hampir nirbingkai – sekaligus menawarkan badan komputer riba yang lebih kompak berbanding pelbagai komputer riba bersaiz 13-inci yang lain. HP Spectre 13 hadir dengan pilihan resolusi sehingga 4K.

Ia turut menggunakan cip Intel Core i5 dan i7 generasi ke-8, sokongan kad grafik Intel HD, storan sehingga 512GB SSD, memori sehingga 8GB RAM, dan dikatakan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 11.5 jam lamanya.

HP Spectre 13

Walaupun menggunakan rekaan bingkai yang nipis, ia masih mengekalkan kamera pada bahagian atas dan bukannya bawah seperti Dell. Kamera ini juga turut menyertakan sokongan Windows Hello. Dan pada bahagian hadapan bawah pula, HP meletakkan speaker, selain rekaan touchpad yang sedikit besar.

Di Malaysia, komputer riba ini telah mula ditawarkan pada harga bermula RM5899.

HP Spectre 13



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

HP Spectre 13 Kini Di Malaysia – Komputer Riba Ternipis Dunia Pada Harga RM5899

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×