Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Uber Malaysia Menunjukkan Statistik Menarik Mengenai Pengguna Malaysia Melalui Laman Year With Uber

Perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber baru-baru ini memperkenalkan laman web Year With Uber, dimana mereka menunjukkan pelbagai fakta menarik mengenai perkhidmatan perkongsian kenderaan tersebut di negara-negara dimana mereka kini sedang beroperasi.

Salah sebuah negara tersebut ialah Malaysia, dan melalui laman web ini, mereka menunjukkan beberapa fakta yang menarik mengenai penggunaan servis tersebut di sini. Semenjak servis tersebut bertapak di Malaysia beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa ciri-ciri baru yang diumumkan, seperti ciri perkongsian perjalanan, ciri untuk membuat pesanan perjalanan untuk pengguna lain dan juga UberEATS, perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan aplikasi mudah-alih.

Diantara fakta-fakta menarik mengenai para pengguna Uber di Malaysia termasuklah

  • Rakyat Malaysia kebiasaannya akan menggunakan Uber pada pukul 2pm setiap hari
  • Hari Sabtu merupakan hari dimana pengguna Uber akan sering menggunakan Uber
  • Oktober 3, 2017 mencatatkan penggunaan perkhidmatan Uber yang paling tinggi pada tahun 2017, yang juga merupakan hari dimana hujan turun paling lebat pada tahun ini
  • Rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan Uber di 588 bandar di 80 buah negara
  • Menu paling popular di UberEATS ialah nasi lemak ayam goreng
  • Terdapat dua orang bayi yang dilahirkan di dalam kereta Uber di Malaysia pada tahun ini

Jika anda seorang pengguna Uber yang tegar, anda juga boleh melihat statistik penggunaan Uber anda melalui laman web Year With Uber ini melalui akaun Uber anda. Lebih menarik lagi, Uber akan memasukkan butiran statistik penggunaan perkhidmatan anda kedalam sebuah video musik yang akan membuatkan persembahan data anda lebih menarik.

Layari laman web Year With Uber



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Uber Malaysia Menunjukkan Statistik Menarik Mengenai Pengguna Malaysia Melalui Laman Year With Uber

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×