Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Shopback : Pengguna Malaysia Membelanjakan Secara Purata RM310 Pada 12.12

Shopback merupakan salah satu platform yang memberikan pulangan wang tunai atas pembelian melalui laman edagang seperti Lazada Dan Sebagainya. Terkini, mereka mempunyai sekitar 780,000 di Malaysia, dan melalui data yang dikumpulkan pada 12.12, Shopback mendapati pengguna mereka di Malaysia membelanjakan sekitar RM310 pada 12 Disember 2017 lepas.

Jikalau dibandingkan dengan purata perbelanjaan pada 11.11 yang lepas, pengguna Shopback di Malaysia hanya membelanjakan sekitar RM98 – sekaligus memperlihatkan lebih 3 kali ganda pada 12.12 ini.

Shopback

Peningkatan ini dikatakan adalah disebabkan oleh pembelian hadiah dan pakaian bersempena penghujung tahun – selain pembelian pakej percutian melalui Expedia, Booking Dan Sebagainya.

Shopback juga turut mengatakan pengguna Malaysia giat membeli antara pukul 12 tengah malam sehingga 1 pagi, dan sekitar 30 tempahan dilakukan setiap minit. Secara keseluruhan, Shopback menyasarkan perbelanjaan lebih RM6 juta pada 12.12 lepas.

Seperti biasa, data ini adalah daripada pihak Shopback yang memantau pengguna yang berdaftar dengan platform mereka. Angka daripada pihak Lazada dan sebagainya mungkin lebih tinggi atau kurang daripada ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Shopback : Pengguna Malaysia Membelanjakan Secara Purata RM310 Pada 12.12

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×