Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy Note 8 Dan Galaxy S8 Kini Ditawarkan Dalam Variasi Pilihan Merah Jambu

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Telefon Pintar Galaxy Note 8, Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+ dalam pilihan warna merah jambu.

Telefon pintar ini lebih disasarkan kepada pengguna wanita, selain mengekalkan pelbagai penawaran lain sama seperti versi sebelum ini.

Galaxy Note 8 merupakan telefon pintar dengan skrin besar dan menyertakan S-Pen untuk catatan nota dengan pantas. Disamping itu, ia juga adalah telefon pintar pertama daripada Samsung menggunakan sokongan dwi-kamera.

Sementara Galaxy S8 dan Galaxy S8+ adalah telefon pertama dengan rekaan nirbingkai daripada Samsung, dan turut dilengkapi kuasa pemprosesan tinggi serta sokongan kalis air.

Galaxy Note 8 ditawarkan pada harga RM3999 di Malaysia, sementara Galaxy S8 pada RM3299 dan Galaxy S8+ pada harga RM3699. Pembelian peranti variasi Berwarna Merah Jambu ini turut akan hadir dengan kerangka luar tambahan berwarna merah jambu bernilai RM209, dan juga diskaun 20% untuk tambang AirAsia X.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy Note 8 Dan Galaxy S8 Kini Ditawarkan Dalam Variasi Pilihan Merah Jambu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×