Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

HTC Hadir Dengan Gambar Teaser Pertama Untuk Peranti Akan Datang

HTC hari ini telah berkongsi sebuah Gambar teaser ringkas melalui Twitter, sekaligus seperti memberikan petanda peranti mereka yang baru akan dilancarkan tidak lama lagi. HTC menggunakan hashtag khusus iaitu #powerof10 – sekaligus seperti memberikan petanda ia mungkin berkait dengan HTC One M10.

Seperti ramai sedia maklum, pada minggu ini, Samsung dan LG telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka masing-masing, iaitu Samsung Galaxy S7 dan juga LG G5. Disamping mereka berdua, sejumlah peranti lain turut diumumkan, termasuk daripada Sony, Xiaomi dan sebagainya.

Perkara ini mungkin membuatkan ramai pengguna telah berkira-kira untuk Mendapatkan Peranti Baru. Untuk mengelak dan mengurangkan pengguna mendapatkan peranti baru tersebut – pada masa yang sama mula membina hype untuk peranti mereka, mungkin HTC telah mengeluarkan teaser.

HTC Power of 10

Tiada banyak perkara yang dapat dilihat melalui gambar teaser pertama ini, dan ia lebih kepada memperlihatkan seperti bahagian tepi bingkai yang sedikit mencondong.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak gambar dikongsikan dibawah #powerof10 pada minggu-minggu akan datang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

HTC Hadir Dengan Gambar Teaser Pertama Untuk Peranti Akan Datang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×