Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gear IconX Baru – Fon Telinga Tanpa Wayar Daripada Samsung Berharga RM799 Di Malaysia

Bersama-sama pengenalan Gear Sport, Samsung Malaysia turut mengumumkan penawaran fon telinga tanpa wayar terbaru daripada mereka, iaitu Gear Iconx.

Samsung Gear IconX direkabentuk untuk digunakan bersama peranti mudah-alih anda, dan keselesaan ketika memakainya. Samsung mengatakan rekaan kali ini lebih ergonomik dan ringan.

Seperti Gear Sport, Gear IconX turut membawakan beberapa ciri-ciri khusus untuk kecergasan – termasuk fungsi Running Coach dengan sokongan maklumbalas bersuara ketika memakainya.

Gear IconX kali ini turut dikatakan menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding dengan generasi sebelum ini – serta menawarkan sambungan ke Bixby, pembantu maya digital daripada Samsung.

Di Malaysia, Gear IconX baru ini akan ditawarkan bermula 1 Disember 2017 kelak, pada harga RM799.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Gear IconX Baru – Fon Telinga Tanpa Wayar Daripada Samsung Berharga RM799 Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×