Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony α7R III Boleh Dipra-tempah Pada Harga Bermula RM14888

Sekitar sebulan yang lepas, Sony telah pun memperkenalkan kamera terbaru dan juga kemaskini kepada Sony α7R II yang diperkenalkan sekitar dua tahun lepas, iaitu Sony α7R III. Kini, ia dilihat pengguna tempatan yang berminat untuk mendapatkannya sudah boleh melakukan pra-tempahan untuknya.

Sony α7R III hadir dengan sensor 42.4-megapixel dengan sensor Exmor R CMOS, sokongan ISO mencapai 100-32000 (dan boleh diperlanjutkan 102400), sokongan autofokus pantas, dan integrasi penstabilan imej 5-axis.

Sony α7R III turut menyertakan sokongan rakaman video 4K, serta menyokong video pada kepantasan rakaman 120fps.

Di Malaysia, Sony telah mula mengambil pra-tempahan untuk kamera ini. Sony α7R III dengan sensor pengimejan bingkai-penuh 35mm ditawarkan pada harga RM14,888. Sementara pilihan yang hadir bersama lensa FE 24-70mm F2.8 GM ditawarkan pada harga RM24,199.

Pra-tempahan dibuka sehingga 3 Disember, dan ia akan mula dihantar kepada pengguna bermula 18 Disember 2017 kelak.

Layari : Sony Store Malaysia



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony α7R III Boleh Dipra-tempah Pada Harga Bermula RM14888

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×