Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jerman Mengharamkan Penggunaan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

Jerman kini mengumumkan yang mana mereka mengharamkan penjualan dan penggunaan Jam Tangan Pintar untuk kanak-kanak. Pengumuman berkenaan telah dilakukan pada penghujung minggu lepas, dan mereka turut meminta ibu bapa yang mempunyai jam tangan pintar untuk kanak-kanak ini berhenti menggunakannya, dan memusnahkannya.

Langkah ini diambil oleh pihak berkuasa di Jerman kerana jam tangan pintar untuk kanak-kanak turut hadir dengan sokongan untuk merakamkan perbualan secara senyap dilatar. Ibu bapa boleh menggunakan aplikasi khusus, dan mendengar suara daripada persekitaran anak mereka – sekaligus memungkinkan menggunakan anak untuk mencuri dengar perbualan dan sebagainya.

Pihak berkuasa Jerman meminta ibu bapa untuk memusnahkan jam tangan pintar untuk kanak-kanak, disamping pada masa yang sama meminta sekolah turut memantaunya.

Selain daripada ini, sebelum ini sebuah kajian telah hadir memperlihatkan masalah sekuriti untuk Penggunaan Jam Tangan pintar kanak-kanak – yang membolehkan pengodam untuk mencuri dengar perbualan, selain melihat lokasi semasa seseorang kanak-kanak berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jerman Mengharamkan Penggunaan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×