Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Melancarkan Galaxy Tab A Dengan Sokongan Bixby Di Korea Selatan

Samsung pada tahun ini telah mula mengintegrasikan pembantu maya mereka, Bixby pada pelbagai peranti mudah-alih. Kini, selain daripada hanya pada telefon pintar, Samsung telah turut memperkenalkan tablet terbaru dibawah siri Galaxy Tab A dengan integrasi Bixby Home.

Samsung Galaxy Tab A

Ini sekaligus menjadikan tablet ini yang terawal dan pertama yang hadir dengan integrasi Bixby Home Dan Juga Bixby Reminder.

Dengan adanya Bixby Home, ia memudahkan pengguna mengakses kandungan yang diinginkan pada masa yang tepat, selain Bixby Reminders memudahkan anda menguruskan temujanji dengan lebih baik.

Melengkapkan ia juga adalah sokongan Game Launcher, dan juga Kids Mode.

Samsung Galaxy Tab A

Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab A ini hadir dengan skrin 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, dilengkapi cip 1.4Ghz, memori 2GB RAM dan juga storan 16GB. Tablet ini hadir dalam variasi sokongan WiFi sahaja atau dengan sokongan selular – serta bateri berkapasiti 5000mAh.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di pasaran Korea Selatan sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan menawarkannya pada peringkat global.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Melancarkan Galaxy Tab A Dengan Sokongan Bixby Di Korea Selatan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×