Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lenovo Tab 4 10 Plus Dan Tab 4 8 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM749

Minggu ini dua buah tablet baru Lenovo telah dilancarkan di Malaysia iaitu Lenovo Tab 4 10 Plus dan juga Lenovo Tab 4 8. Kedua-duanya adalah tablet dengan spesifikasi pertengahan, dan hadir dengan fokus untuk kegunaan seisi keluarga.

Lenovo Tab 4 ini juga dilihat memfokuskan kepada sokongan multimedia, dengan penawaran masa penggunaan bateri sehingga 12 jam lamanya. Melengkapkan tablet ini juga adalah sebuah mod khusus untuk kanak-kanak.

Lenovo Tab 4 10 Plus dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 625, memori 3GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel Dan Bateri Sebesar 7000 mAh.

Lenovo Tab 4 8 dilengkapi skrin 8″ IPS LCD 800P, dijana pemproses Snapdragon 425, memori sebesar 2GB RAM, storan 16GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri sebesar 4850 mAh.

Kedua-dua peranti masih menggunakan Android Nougat. Lenovo Tab 4 10 Plus dijual pada harga RM 1299 manakala Tab 4 9 pula dijual pada harga RM749.

Lenovo Tab 4



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lenovo Tab 4 10 Plus Dan Tab 4 8 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM749

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×