Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mingguan Amanz – Razer Phone, Oppo F5 Malaysia, TM Unifi Bonanza

Minggu ini menyaksikan beberapa Telefon Pintar Baru dilancarkan. Yang pertama adalah Razer Phone yang hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, memori sehingga 8GB RAM, dan menjalankan cip Snapdragon 835. Telefon pintar ini dipasarkan sebagai telefon pintar memfokuskan pengguna yang meminati permainan video.

Selain itu, HTC pada Minggu Ini Telah melancarkan HTC U11+ yang hadir dengan skrin bersaiz lebih besar berbanding U11 sebelum ini, dan rekaan skrin 18:9.

Oppo turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan peranti nirbingkai mereka tersendiri dinamakan Oppo R11s. Di Malaysia pula, Oppo telah melancarkan sebuah telefon pintar baru dinamakan Oppo F5 dan memfokuskan kepada ciri selfie.

Xiaomi pada minggu ini telah mengumumkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Mix 2 dan juga Redmi Note 5A Prime yang akan dijual di Malaysia bermula 11 November ini.

Nokia pula telah mengambil peluang untuk turut mengumumkan sebuah peranti baru, iaitu Nokia 2 yang hadir dengan spesifikasi rendah tetapi dilengkapkan dengan bateri bersaiz besar.

Telekom Malaysia telah mula menawarkan promosi khusus untuk para pengguna yang ingin mendaftar Unifi dan Streamyx pada harga bermula RM68.

Dan akhir sekali, JobStreet telah mengesahkan kebocoran data pengguna mereka – selain SKMM menekankan yang mana mereka telah mengenal-pasti sumber kebocoran data pengguna yang tertiris melibatkan hampir 50 juta rekod pengguna.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mingguan Amanz – Razer Phone, Oppo F5 Malaysia, TM Unifi Bonanza

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×