Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Memulakan Ujian Beta Android Oreo Untuk Galaxy S8 Dan S8+

Samsung hari Ini Secara Rasminya mengumumkan yang mana mereka telah Memulakan Ujian Beta untuk kemaskini sistem operasi seterusnya berasaskan kepada Android 8.0 Oreo. Seperti ramai sedia maklum, ia hadir dengan tambahan antaramuka oleh Samsung, dan Samsung menamakannya sebagai Samsung Experience 9.0.

Samsung Experience 9.0 kini diuji untuk peranti Galaxy S8 dan Galaxy S8+ di beberapa buah negara – termasuk di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan juga UK.

Samsung mengatakan melalui fasa ujian beta ini untuk Samsung Experience 9.0, mereka akan mengumpulkan maklumbalas – dan menambah-baik ia sebelum menawarkannya kepada umum.

Pihak Samsung masih tidak mengumumkan bilakah mereka akan menawarkan kemaskini berasaskan Android Oreo ini secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Memulakan Ujian Beta Android Oreo Untuk Galaxy S8 Dan S8+

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×