Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Unifi Lite 10Mbps Ditawarkan Pada Harga Langganan RM99 Sebulan Untuk Tempoh Terhad

Telekom Malaysia telah memperkenalkan pakej Unifi Lite pada Harga serendah RM129 pada bulan April lepas. Kini, untuk tempoh terhad, pelanggan turut boleh mendaftar pakej Unifi Lite dengan kelajuan 10Mbps pada harga serendah RM99 sebulan.

Telekom Malaysia mengatakan pakej ini ditawarkan untuk tempoh terhad sehingga 31 Disember 2017 kelak. Pelanggan yang mendaftarnya, boleh menikmati pakej berkenaan pada harga langganan RM99 untuk tempoh selama 24 bulan sejak pendaftaran.

Unifi Lite adalah pakej yang menawarkan kelajuan muat-turun 10Mbps, dan muat-naik 5Mbps. Tiada sebarang minit panggilan percuma yang ditawarkan, tetapi pelanggan masih boleh menikmati akses HyppTV melaluinya.

Pada harga langganan RM99, semestinya ia merupakan salah satu penawaran yang menarik daripada Telekom Malaysia untuk pakej Unifi. Mungkinkah kita akan melihat harga yang lebih rendah untuk Unifi Edu kelak?

Kemaskini Wakil TM mengatakan promosi ini terhad di beberapa lokasi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Unifi Lite 10Mbps Ditawarkan Pada Harga Langganan RM99 Sebulan Untuk Tempoh Terhad

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×