Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran iPhone 8 Sehingga Separuh Kerana Jualan Yang Rendah

Selamat hari Iphone 8 di Malaysia kepada peminat Apple. Hari ini iPhone 8 dan 8 Plus secara rasmi memasuki pasaran Malaysia. Setakat ini di beberapa laporan mengatakan sambutan terhadap iPhone 8 adalah lebih rendah berbanding iPhone 7. Pengguna dilihat menantikan pelancaran iPhone X dan akibatnya jualan iPhone 8 terjejas.

iPhone 8

Menurut laporan Reuters, jualan iPhone 8 yang lemah ini mendorong Apple untuk mengurangkan pengeluarannya Sehingga Separuh. Reuter memetik laporan media Taiwan yang mengatakan pesanan untuk iPhone 8 dipotong 50% untuk bulan November. Ini menyebabkan saham Apple turun sebanyak 3%.

Pengguna mungkin lebih mendambakan iPhone X namun Apple dikatakan mengalami kesukaran menghasilkannya dengan pantas. Komponen kaca skrin dan Face ID perlahan untuk dihasilkan dan ini menjejaskan pengeluaran peranti. Adakah anda berminat untuk memiliki iPhone 8 hari ini atau turut tergolong di dalam kumpulan yang menyimpan untuk iPhone X?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran iPhone 8 Sehingga Separuh Kerana Jualan Yang Rendah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×