Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Memulakan Ujian Langganan Instant Articles Untuk Peranti Android

Instant Articles memudahkan kandungan dari laman dibaca terus di dalam aplikasi Facebook. Bagi pengguna menyenangkan pembacaan kerana tidak perlu berubah aplikasi. Bagi pemilik laman ia menyebabkan pengurangan pengiklanan kerana paparan iklan yang terhad. Oleh itu Facebook memulakan ujian Langganan Instant Articles pada peranti Android.

Menerusi fungsi baru ini, kandungan berbayar akan disokong. Skrin akan memaparkan butang untuk melanggan kepada penerbitan tertentu. Untuk fasa pertama artikel dari The Washington Post, The Los Angeles Times, The Telegraph, The Economist dan The Boston Globe antara yang disokong. Fungsi ini akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang. Android ialah platform pertama ia diuji buat masa ini.

Adakah anda sanggup melanggan secara bulanan untuk kandungan berkualiti dari media atas talian di Malaysia seperti Amanz?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Memulakan Ujian Langganan Instant Articles Untuk Peranti Android

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×