Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Skor Penanda Aras 3DMark Kad Grafik NVIDIA GTX 1070 Ti Pula Tertiris

Lanjutan kepada tirisan skor perisian Penanda Aras Ashes of Singularity kad grafik NVIDIA yang terbaru, NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti, nampaknya skor perisian 3DMark tertiris pula, dan kini ia menunjukkan perbandingan diantara kad NVIDIA tersebut dan juga kad grafik AMD RX Vega 56 dan 64.

Screenshot skor penanda aras tersebut menunjukkan skor untuk penanda aras 3DMark Fire Strike Extreme, 3DMark Time Spy dan juga 3DMark 11. Skor-skor ini menunjukkan bahawa kad grafik GTX 1070 Ti ini memang direka untuk berlawan dengan AMD RX Vega 56.

Di sini, dapat dilihat bahawa dengan penanda aras 3DMark Time Spy, kad grafik GTX 1070 Ti hadir dengan skor 9056, manakala dengan penanda aras 3DMark Fire Strike Extreme, ia mendapat 6340 mata.

Dengan nilai-nilai penanda aras ini, dapat dilihat bahawa NVIDIA memang serius mahu bersaing dengan AMD RX Vega 56 sebagai kad berkuasa yang berbaloi dengan nilai pembeliannya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Skor Penanda Aras 3DMark Kad Grafik NVIDIA GTX 1070 Ti Pula Tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×