Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

NVIDIA Menyertakan Permainan Destiny 2 Dengan Pembelian Kad Grafik NVIDIA GTX 1080 Dan GTX 1080 Ti

Pra-tempah untuk permainan Destiny 2 sudahpun dibuka, tetapi bagi anda yang masih terfikir-fikir untuk membeli permainan tersebut, anda boleh membeli sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 dan GTX 1080 Ti jika anda masih sedang memikirkan mengenai komponen-komponen yang anda ingin beli untuk komputer baru anda.

Ini bukanlah kali pertama NVIDIA Menyertakan Permainan Destiny 2 dengan kad-Kad Grafik Nvidia, tetapi memandangkan permainan tersebut bakal hadir dalam masa seminggu sahaja lagi, mungkin NVIDIA merasakan bahawa ia adalah idea bagus untuk mereka yang masih menunggu untuk penawaran yang baik seperti ini.

Kami juga telah bertanya kepada pihak ASUS Malaysia dan MSI Malaysia, dan menurut jurucakap kedua-dua syarikat ini, mereka akan/sudahpun hadir dengan berkas Destiny 2 untuk beberapa model kad grafik GTX 1080 dan 1080 Ti mereka.

Kami akan mengemaskini artikel ini dengan maklumat khusus apabila syarikat-syarikat tersebut memberi kami butiran mengenai kad-kad grafik yang hadir dengan berkas Destiny 2 ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

NVIDIA Menyertakan Permainan Destiny 2 Dengan Pembelian Kad Grafik NVIDIA GTX 1080 Dan GTX 1080 Ti

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×