Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ubuntu 17.10 Kini Sedia Dimuat-Turun – Menyertakan Persekitaran Desktop GNOME

Pembangun Ubuntu kini telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 17.10. Sistem operasi ini membawakan beberapa perubahan – terutamanya dari segi penggunaan platform antaramuka. Ubuntu kini hadir dengan persekitaran desktop GNOME, dan bukannya Unity seperti sebelum ini.

Ubuntu 17.10 menggunakan GNOME 3.26, selain turut hadir dengan sokongan Wayland. Disamping itu, Ubuntu turut menyertakan pelbagai perisian versi terkini – disamping menyertakan antaramuka dan beberapa aplikasi khusus mereka pada sistem operasi ini, seperti sebelum-sebelum ini.

Disamping itu, pihak Ubuntu juga kini tidak lagi menawarkan imej muat-turun untuk versi 32-bit, sebaliknya memfokuskan kepada penawaran versi 64-bit sahaja. Pengguna sedia ada masih boleh menaik-taraf versi 32-bit mereka tanpa masalah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun sistem operasi Ubuntu 17.10 ini hari ini.

Muat-Turun Ubuntu 17.10



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Ubuntu 17.10 Kini Sedia Dimuat-Turun – Menyertakan Persekitaran Desktop GNOME

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×