Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gran Turismo Sport Menyertakan Mod Foto Yang Mengandungi Lokasi-Lokasi Di Malaysia

Peminat siri Permainan Gran Turismo pasti menyukai mod foto yang disertakan bermula dengan Gran Turismo 4 yang dilancarkan di Playstation 2 lepas. Kini, mod foto tersebut kembali untuk permainan Gran Turismo Sport dengan nama mod Scapes Photography, dimana pemain berpeluang untuk merakamkan gambar foto kenderaan-kenderaan pemain di pelbagai lokasi yang menarik seluruh dunia.

Gran Turismo Sport

Antara lokasi yang disertakan di dalam permainan tersebut adalah lokasi-lokasi di Malaysia seperti di Melaka dan di menara berkembar KLCC. Terdapat lapan jumlah lokasi yang pemain boleh gunakan sebagai latar belakang untuk mempamerkan kenderaan-kenderaan tersayang anda dengan pelbagai tetapan fotografi yang pemain boleh lakukan.

Walaubagaimanapun, hanyalah sebahagian sahaja lokasi-lokasi tersebut yang disertakan bersama permainan Gran Turismo Sport. Lebihan lokasi seperti Melaka, memerlukan pemain memuat-turun fail tambahan di Playstation Store yang bersaiz 9GB secara percuma.

Bagi anda yang mempunyai permainan Gran Turismo Sport, jangan lepaskan peluang untuk mempamerkan kenderaan tersayang anda di lokasi-lokasi Malaysia di dalam mod foto permainan tersebut.

Artikel ini diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Gran Turismo Sport Menyertakan Mod Foto Yang Mengandungi Lokasi-Lokasi Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×