Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Ingin Membolehkan Anda Menjalankan Sistem Operasi Linux Melalui Telefon Samsung Galaxy

Samsung pada awal tahun ini telah memperkenalkan sokongan Samsung DeX yang membolehkan anda menghubungkan telefon pintar ke sebuah dok khusus, dan menggunakan ia sebagai sebuah komputer. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Samsung hanya menawarkan ia sebagai versi Android yang dioptimasikan untuk paparan desktop.

Walaubagaimanapun, bergerak kehadapan, Samsung kini mengumumkan perancangan untuk memudahkan pengguna menjalankan sebarang versi Sistem Operasi Linux melalui sokongan DeX. Samsung memanggilnya sebagai Linux on Galaxy.

Samsung DeX

Ia masih perlu dihubungkan melalui sebuah dok khusus DeX, dan pengguna akan perlu memuat-turun sebuah aplikasi sebelum dapat menambah variasi sistem operasi Linux mereka untuk paparan desktop.

Samsung mengatakan ciri ini akan ditawarkan dalam bentuk beta tidak lama lagi, dan mereka yang mempunyai Galaxy S8, Galaxy S8+ dan Galaxy Note8 boleh mendaftar minat untuknya hari ini.

Daftar : Linux on Galaxy



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Ingin Membolehkan Anda Menjalankan Sistem Operasi Linux Melalui Telefon Samsung Galaxy

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×