Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pelayar Web Microsoft Edge Kini Sedia Diuji Pada Android Dan iOS

Microsoft hari ini membuat kejutan, dan telah pun mula menawarkan akses awal untuk mencuba Microsoft Edge Preview pada platform iOS dan juga Android.

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft Edge merupakan pelayar web baru daripada Microsoft yang digunakan pada Windows 10. Kini, melalui pengenalan pada platform Android dan iOS, pengguna boleh mendapatkan pengalaman yang selari pada peranti mudah-alih dan juga pada komputer.

Microsoft Edge

Melalui pengenalan pelayar web mudah-alih ini, ia sekaligus menawarkan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk kebolehan melayari web di peranti mudah-alih dan menyambungnya pada komputer, mode Reader View untuk memudahkan bacaan, serta kemudahan seperti pembaca kod QR dan carian berasaskan suara.

Buat masa ini, Microsoft menawarkan Microsoft Edge Preview untuk iOS dan Android bagi para pengguna Windows Insiders sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi akhir akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia. Berkemungkinan kita akan dapat melihatnya bersama-sama pengenalan versi terbaru Windows 10 kelak.

Microsoft Edge Mobile

Layari : Microsoft Edge Mobile



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pelayar Web Microsoft Edge Kini Sedia Diuji Pada Android Dan iOS

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×