Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Soundbar+ HW-MS751 Dan Pemain 4K HD Blu-Ray UBD-M8500 Dilancarkan Di Malaysia

Format cakera video Blu-Ray mula dijual pada tahun 2006 dan membolehkan video pada resolusi 1080P ditonton di rumah. Setelah lebih sedekad, format ini mula digantikan dengan 4K HD Blu-Ray yang membolehkan video pada resolusi 4K ditonton di rumah. Bagi mereka yang mementingkan kualiti visual dan audio yang terkini, Samsung telah melancarkan pemain 4K HD Blu-Ray UBD-M8500 dan Soundbar+ HW-MS751 di Malaysia.

Pemain 4K HD Blu-Ray UBD-M8500 menyokong cakera 4H HD Blu-Ray. Blu-Ray dan DVD. Terdapat sokongan audio Dolby 71.1 dan DTS 7.1.  Sokongan upscale ke UHD disertakan apabila memainkan media dengan resolusi lebih rendah. Sambungan HDMI-CEC turut disertakan. Pemain ini dijual pada harga RM 1799.

Samsung Soundbar+ HW-MS751 pula ialah sistem audio kompak dengan sokongan audio Dolby Digital 5.1 dan DTS Digital Surround 5.1. Terdapat 11 pembesar suara di dalam Soundbar+ dengan subwoofer terbina. Ini berbeza dengan kebanyakan soundbar di pasaran yang mempunyai subwoofer berasingan. Konfigurasi baru akan menjimatkan penggunaan ruang di rumah.  Samsung mengatakan kualiti audio dapat dipertingkatkan dengan sistem audio berdefinisi tinggi 32-Bit. harga juala soundbar ini ialah RM3499 sebuah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Soundbar+ HW-MS751 Dan Pemain 4K HD Blu-Ray UBD-M8500 Dilancarkan Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×