Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Uber Kini Telah Memulakan Ujian Untuk Perkhidmatan UberEats Di Kuala Lumpur – Pelancaran Makin Hampir?

Lanjutan daripada perkongsian kami tempoh hari, kini Uber Malaysia secara rasminya telah mengesahkan yang mana mereka Telah Memulakan Ujian percubaan untuk perkhidmatan UberEats di Kuala Lumpur.

UberEats merupakan perkhidmatan berbeza dengan Uber, tetapi dibawah payung syarikat yang sama. Uber memfokuskan kepada perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi, sementara UberEats pula membolehkan pengguna membuat tempahan makanan dan menerimanya di lokasi yang anda tetapkan.

Secara kasar, UberEats boleh dikatakan sebagai pesaing kepada perkhidmatan FoodPanda yang sedia beroperasi sejak beberapa tahun lepas di Malaysia.

Untuk peringkat permulaan, UberEats hanya memfokuskan kepada Kuala Lumpur – dan mengikut maklumat awal, ia akan memfokuskan kawasan sekitar KLCC, Bukit Bintang, Bangsar Baru dan juga Hartamas.

Dengan permulaan fasa ujian ini, mungkin kita akan melihat pelancaran perkhidmatan UberEats ini secara rasminya dalam masa terdekat ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Uber Kini Telah Memulakan Ujian Untuk Perkhidmatan UberEats Di Kuala Lumpur – Pelancaran Makin Hampir?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×