Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Trello Kini Akhirnya Menawarkan Perisian Desktop Untuk Windows Dan Mac

Trello merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan produktiviti – dimana para pengguna boleh menetapkan senarai tugasan yang perlu dilakukan, dan menguruskannya dengan mudah, sama ada secara individu atau pun berkumpulan.

Selepas sekian lama menawarkan aplikasi berasaskan web, selain pada peranti mudah-alih, kini pihak Trello turut telah menawarkan Perisian Desktop untuk Windows Dan Mac.

Kini, para pengguna desktop boleh memuat-turun dan memasang perisian desktop Trello, dan mula menguruskan pelbagai tugasan dengan lebih efektif – selain tidak perlu membuka pelayar web yang sering membuatkan anda melayari laman-laman lain ketika menggunakan Trello.

Seperti perkhidmatan Trello, perisian desktop ini turut ditawarkan secara percuma – selain turut menawarkan akaun berbayar untuk beberapa ciri-ciri tambahan.

Muat-Turun Trello untuk Mac



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Trello Kini Akhirnya Menawarkan Perisian Desktop Untuk Windows Dan Mac

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×