Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tetikus Razer Basilisk Dilancarkan

Tetikus yang baik dapat menyelamatkan anda di dalam arena permainan atas talian. Di kalangan atlet e-sukan, Tetikus dengan tahap kepekaan yang tinggi memudahkan mereka melakukan bidikan lebih tepat. Terkini tetikus Razer Basilisk telah dilancarkan dengan tahap kepekaan sehingga 16,000 DPI.

Seperti kesemua tetikus keluaran Razer, Basilisk mensasarkan golongan peminat permainan video tegar. Suis mekanikal Razer digunakan pada butang dengan tahap ketahanan sehingga 50 juta klik. Roda tetikus Basilisk boleh dilaras tahap rintangannya mengikut kehendak pengguna.

Pada bahagian sisi terdapat klac menukar DPI tetikus yang boleh ditanggalkan dengan pilihan dua rekaan butang. Sokongan sistem Razer Chroma dan Synapse turut disertakan. Walaubagaimanapun tetikus ini tidak mesra pengguna kidal. Razer Basilisk dijual pada harga $70 (~RM299) sebuah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tetikus Razer Basilisk Dilancarkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×