Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nubia M2 Play Kini Di Malaysia Pada Harga RM799

Nubia Malaysia kini telah mula menawarkan salah satu telefon pintar berspesifikasi rendah-pertengahan mereka yang terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu ZTE Nubia M2 Play.

Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi rendah-pertengahan yang mungkin sesuai bagi anda yang memerlukan sebuah telefon khusus untuk Menggunakan WhatsApp, melayari Facebook, Instagram, dan beberapa aplikasi utama yang lain.

Nubia M2 Play

Nubia M2 Play hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 435, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan panel paparan HD 720p, serta bateri berkapasiti 3000mAh.

Untuk rakaman gambar, Nubia M2 Play menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut menyokong dwi-SIM, tetapi menggunakan sistem hibrid – dimana anda boleh memilih untuk menggunakan sim kedua atau sebuah kad mikro-SD.

Di Malaysia, Nubia M2 Play ini ditawarkan pada harga RM799.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Nubia M2 Play Kini Di Malaysia Pada Harga RM799

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×