Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Merancang Membelanjakan RM 4.3 Billion Untuk Menghasilkan Kandungan TV Dan Filem Tersendiri

Untuk menarik pelanggan menggunakan platform penstriman, kandungan eksklusif ialah umpan yang dijuntai di hadapan pengguna. Netflix, Amazon dan iFlix kesemuanya mempunyai kandungan yang dihasilkan sendiri. Apple kini dilaporkan merancang membelanjakan sehingga  $1 Billion (~RM 4.3 Billion) bagi menerbitkan siri TV dan filem tersendiri.

Jun lalu mereka mengambil Jamie Erlicht dan Zack Van Amburg yang sebelum ini bertugas di Sony Corp. Mereka terlibat dalam penghasilan siri popular Breaking Bad. Dengan belanjawan yang besar, Apple akan menghasilkan sehingga 10 siri baru dalam masa 12 bulan. Setakat ini Apple Music hanya menawarkan siri Carpool Karaoke dan Planet of The Apps. Sambutan untuk kedua-dua siri ini setakat ini adalah agak dingin.

Apple bercadang untuk menggandakan keuntungan bahagian servis mereka menjelang 2020. Penghasilan siri TV dan filem ialah antara langkah yang dilakukan. Sebagai perbandingan Netflix dikatakan membelanjakan $6 Billion (~RM 26 Billion) setahun manakala Amazon pula $4.5 Billion (~RM 19 Billion) setahun untuk menerbitkan kandungan tersendiri. Tetapi Apple mempunyai kelebihan kerana mempunyai rizab wang tunai mencecah $256 Billion (~RM 1.1 Trillion).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Merancang Membelanjakan RM 4.3 Billion Untuk Menghasilkan Kandungan TV Dan Filem Tersendiri

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×