Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Merancang Untuk Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Sokongan Selular

Apple sehingga ke hari ini hanya menawarkan Jam Tangan Pintar yang perlu digunakan bersama iPhone sahaja. Tetapi ia dijangka berubah tidak lama lagi.

Apple kini dilihat sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah Jam Tangan pintar yang boleh berhubung terus ke rangkaian selular. Apple dijangka memperkenalkannya pada tahun ini.

Dengan menggunakan cip LTE tersendiri, Apple Watch boleh digunakan tanpa perlu berhubung ke iPhone. Sebagai contoh, pengguna boleh memuat-turun lagu, menggunakan sejumlah aplikasi dan sebagainya dengan meninggalkan telefon pintar di rumah. Untuk tujuan ini, Apple dijangka menggunakan cip LTE daripada Intel.

Pada tahun lepas, Apple telah mengambil selangkah kehadapan dengan menambah cip GPS pada Apple Watch. Ia dikatakan Apple melihat untuk memperkenalkan model LTE pada tahun lepas, namun terpaksa menangguhkannya kerana masalah berkaitan jangka hayat bateri.

Disamping itu, melalui Apple WatchOS 4 yang akan hadir pada tahun ini juga, sejumlah ciri-ciri baru diintegrasikan, termasuk integrasi Siri terus ke Apple Watch.

Apple mungkin memperkenalkan generasi baru jam tangan pintar mereka sekitar pengenalan iPhone baru – seperti pada tahun lepas.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Merancang Untuk Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Sokongan Selular

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×