Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jualan iPad Meningkat Hampir 15% Pada Suku Yang Lalu

Tags: jualan ipad suku

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, angka Jualan tahunan menunjukkan trend jualan tablet yang semakin merudum. Kewujudan telefon pintar dengan skrin yang lebih besar menjadi faktor mengapa tablet kurang popular. Apple baru sahaja berkongsi penyata kewangan mereka untuk suku ke-tiga 2017 dan nampaknya iPad kini mengalami Renaissance jualan.

Sebanyak 11.424 Juta unit iPad berjaya dijual. Ini adalah peningkatan sebanyak 15% berbanding suku yang sama tahun 2016 dengan jualan mencecah $5.59 Billion (~RM 24 Billion). Faktor kepada peningkatan jualan ini ialah kerana iPad Pro baru yang berjaya menarik minat pelanggan dan pengenalan iPad baru yang lebih mampu milik.

Pada waktu yang sama jualan iPhone dan Mac juga menunjukkan sedikit peningkatan berbanding suku yang sama 2016. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda masih menyimpan minat untuk membeli tablet dalam masa terdekat?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jualan iPad Meningkat Hampir 15% Pada Suku Yang Lalu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×