Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mi 5X Dilancarkan Dengan Dwi-Kamera, Rekaan Logam Dan Snapdragon 625

Xiaomi hari ini secara rasminya telahh memperkenalkan Telefon Pintar terbaru daripada mereka, iaitu Xiaomi Mi 5X. Berbeza dengan keluarga Redmi yang memfokuskan penawaran spesifikasi rendah-pertengahan, melalui siri keluarga Mi, ia memfokuskan kepada penawaran spesifikasi pertengahan dengan ciri-ciri premium.

Menjadi fokus utama pada Xiaomi Mi 5X adalah penggunaan dwi-kamera di belakang yang mengabungkan sensor 12-megapixel dengan rakaman luas, dan juga sensor 12-megapixel Telephoto. Penawaran kamera ini adalah sama seperti Mi 6, membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk Potrait Mode dan sejumlah ciri-ciri lain.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 5X menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3080mAh.

Xiaomi turut mengatakan ia hadir dengan lapisan anti-cap jari yang memberikan pengalaman lebih baik pada tangan. Telefon pintar ini turut dilengkapi sokongan audio berkualiti tinggi melaluinya.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China, dimana versi storan 64GB ditawarkan pada harga RMB1499, iaitu sekitar RM950.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mi 5X Dilancarkan Dengan Dwi-Kamera, Rekaan Logam Dan Snapdragon 625

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×