Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Ialah Platform Dengan Masalah Buli Atas Talian Paling Serius

Pada awalnya Media Sosial dicipta bagi mengeratkan hubungan antara saudara mara dan rakan taulan. Kami mempunyai banyak memori manis zaman Friendster dan gembira menerima testimonial dari teman. Setelah hampir dua dekat wujud, media sosial kini mempunyai masalah buli siber yang kronik. Sebuah kajian suara di UK meletakkan Instagram sebagai platform media sosial dengan masalah buli siber paling serius.

Ditch The Label sebuah organisasi anti buli di UK melakukan pungutan suara di kalangan pengguna berusia di antara 12-20 tahun. Sebanyak 42% mengaku pernah dibuli di Instagram, 37% di Facebook dan 31% di Snapchat. Responden turut merasakan pemilik laman media sosial tidak melakukan yang sebaik mungkin untuk memenangi masalah ini. Untuk laporan lebih lengkap sila ke pautan di bawah artikel.

Kerana penggunaan media sosial yang meluas, pengguna perlu bijak menggunakan fungsi yang disediakan bagi mengelakkan diri menjadi sasaran. Tips yang terbaik yang kami boleh berikan ialah menetapkan tahap privasi paling ketat, menambah rakan yang dikenali dan menapis apa yang boleh dipaparkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Ialah Platform Dengan Masalah Buli Atas Talian Paling Serius

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×