Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Dilaporkan Mungkin Membatalkan Projek Pembangunan Speaker Pintar

Speaker pintar telah menjadi salah satu trend akhir-akhir ini, dimana Google mempunyai penawaran Google Home, Amazon pula dengan Amazon Echo, sementara Apple sendiri telah mengumumkan HomePod. Samsung sebelum ini turut diperkatakan sedang membangunkan sebuah Speaker Pintar tersendiri dengan integrasi pembantu pintar Bixby mereka. Namun, kini hadir laporan baru mengatakan Samsung mungkin membatalkan projek berkenaan buat masa ini.

Menurut Korea Herald, Samsung dikatakan membatalkan projek berkenaan kerana mereka merasakan sukar untuk bersaing dengan Amazon – dan fokus kepada pasaran Korea sahaja adalah sangat kecil peratusan keuntungannya.

Amazon sendiri menjana Pendapatan Tambahan Melalui jualan speaker pintar mereka memandangkan ia diintegrasikan dengan perkhidmatan e-dagang mereka. Google dan Apple juga menjana pendapatan tambahan melalui integrasi perkhidmatan digital mereka. Sekiranya Samsung ingin masuk sama, ia akan lebih memfokuskan kepada penawaran perkakasan sahaja, dan penawaran perkhidmatan mungkin perlu bergantung kepada penyedia lain memandangkan perkhidmatan digital Samsung sendiri seperti untuk muzik dan video adalah sedikit kurang popular.

Walaupun mungkin membatalkan perancangan ini buat masa ini, tidak mustahil Samsung membangunkan ia pada masa akan datang.

Sebelum ini, kami sendiri terbaca beberapa laporan mengatakan ia mungkin sedikit sukar untuk memasarkan speaker pintar di pasaran seperti China, Jepun, dan sebagainya kerana pengguna lebih menghabiskan masa di pejabat – dan mungkin menggunakan speaker pintar ini dengan kekerapan yang sangat rendah.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkan speaker pintar sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Dilaporkan Mungkin Membatalkan Projek Pembangunan Speaker Pintar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×