Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Faktor Yang Menyumbang Kepada Kejatuhan Vertu

Kilang menghasilkan Peranti Vertu di United Kingdom dilaporkan menghentikan operasi dan sedang menantikan proses likuidasi. Berikut adalah lima faktor yang menyumbang kepada kejatuhan jenama yang cukup sinonim dengan kemewahan ini.

1. Harga Terlalu Melampau

Ini faktor paling utama yang menyumbang kepada kemusnahan Vertu. Harga jualan peranti mereka bermula dari $9000 sebuah. Alasan yang diberikan ialah setiap peranti boleh dikustomasi oleh pembeli dan dipasang dengan tangan tanpa penggunaan mesin. Jumlah peranti yang boleh dihasilkan sebulan adalah rendah jika dibandingkan dengan penggunaan mesin oleh pengeluar lain. Kos yang tinggi ini juga diletakkan bagi menunjukkan ia sebuah peranti berprestij.

Sering kali Vertu dilihat di dalam majalah mewah dan pameran merah. Kos pengiklanan di dalam majalah golongan atasan ini amat tinggi dan ini turut kami percaya menyumbang kepada harga jualan yang kurang munasabah. Tetapi ramai pembaca mungkin akan berkata “Vertu dibeli oleh golongan elit yang tidak mempedulikan harga”. Anda mungkin betul tetapi pasaran barangan mewah telah berubah dan ini membawa kita ke faktor kedua.


2. Perubahan Pasaran

Vertu memulakan operasi pada tahun 1998 sebagai anak syarikat Nokia. Nokia menyedari telefon mudah alih plastik keluaran mereka tidak menarik minat golongan adi-mewah yang sudah terbiasa dengan bahan binaan premium. Oleh itu sub-jenama Vertu ini akan memenuhi keperluan niche, telefon mudah alih untuk golongan bangsawan.

Pada waktu tersebut telefon mudah alih hanya berguna untuk melakukan panggilan telefon dan menghantar SMS. Spesifikasi tidak penting maka rekaan luaran dengan bahan eksotik titanium dan kulit mengkarung Tibet boleh dijadikan gimik jualan kepada mereka yang berduit.

Dunia sudah berubah dan telefon pintar kini adalah peranti pelbagai. Spesifikasi adalah penting dan peranti pintar baru dibeli sejurus model baru dihasilkan. Untuk menunjukkan kemewahan kerangka berjenama dari LV dan Gucci sudah memadai. Tiada lagi keperluan untuk bahan eksotik pada peranti itu sendiri. Ini sekaligus mengurangkan jumlah pelanggan Vertu.


3. Telefon Pintar Tidak Seperti Produk Mewah Yang Lain

Tidak seperti jam tangan berjenama Hublot dan Patek Philippe, nilai peranti pintar tidak meningkat dengan usia. Jika anda membeli sebuah Ferrari FXX hari ini, harganya sudah beberapa kali ganda lebih mahal berbanding harga jualannya pada tahun 2005. Telefon pintar Vertu mungkin dijual pada harga RM 600,000 hari ini tetapi sejurus selepas model baru diperkenalkan, ia tidak mempunyai nilai jualan semula yang sama apatah lagi meningkat. Bagi golongan elit sekalipun, membeli barangan mewah yang harganya menyusut dengan pantas bukanlah pelaburan yang berhemat.


4. Spesifikasi Peranti Yang Ketinggalan Zaman

Tahun demi tahun Vertu akan melancarkan peranti baru yang mempunyai spesifikasi peranti utama yang setahun terlewat. Sebagai contoh Vertu Constellation yang dilancarkan tahun diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 820 sedangkan peranti utama lain sudah berpindah ke Snapdragon 821 atau akan menggunakan Snapdragon 835.

Tambah menyedihkan, peranti keluaran mereka juga acap kali menggunakan sistem operasi Android yang satu generasi ke belakang. Vertu Constellation yang kami sebutkan di atas masih menggunakan Android Marshmallow. Tiada insan yang berakal akan membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk peranti yang berspesifikasi dan bersistem operasi setahun ke belakang.


5. Lambat Menghasilkan Telefon Pintar

Semasa di bawah payung Nokia, peranti Vertu menggunakan sistem operasi Symbian S60. Mereka hanya berpindah ke Android pada tahun 2013 dengan pelancaran Vertu Ti. Dunia sudah berpindah ke sistem operasi pintar menyokong skrin sesentuh tetapi Vertu masih tegar menghasilkan feature phone setanding 3310 sehingga 2012.

Mereka sudah terlambat dan iPhone telah mengambil alih tempat Vertu sebagai peranti pintar perlu milik bagi golongan berharta. Gambar harta mewah, jet peribadi, kereta lumba dan kapal layar dikongsi di media sosial menerusi iPhone. Vertu yang dijual pada harga 10 kali ganda iPhone tidak mempunyai aplikasi popular Instagram dan Facebook.

Mereka masih lagi menghasilkan feature phone Vertu Signature pada tahun 2017 tetapi diperkasakan sistem operasi sumber terbuka Linux. Tetapi sila tanyakan soalan ini kepada diri anda. Sekiranya anda hartawan yang menguruskan perniagaan berjuta-juta ringgit, adalah anda akan menggunakan sebuah feature phone pada tahun 2017?


Faktor-faktor di atas menyumbang kepada kemusnahan Vertu. Adakah anda bersetuju dengan pendapa kami. Masihkah ada sebab lain yang mungkin kami terlepas pandang? Kongsikan pendapat anda di bawah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

5 Faktor Yang Menyumbang Kepada Kejatuhan Vertu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×