Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jualan Samsung Galaxy S8 Dilaporkan Lebih Perlahan Berbanding Galaxy S7

Samsung Galaxy S8 dan S8+ telah mula dijual sejak penghujung April yang lalu. Laporan awal dari Samsung menunjukkan petanda baik ia akan menjadi peranti yang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pra-tempahan melebihi yang diterima oleh Galaxy S7. Laporan dari media Korea The Investor hari ini mengatakan ramalan jualan S8 mungkin sudah sedikit tersasar.

Dari maklumat yang diterima oleh mereka, sebanyak 9.8 Juta unit Galaxy S8 dan S8+ telah berjaya dijual sejak dua bulan ia memasuki pasaran. Di dalam jangka masa yang sama, Galaxy S7 berjaya mencatatkan jualan sebanyak 12 Juta unit. Samsung dikatakan telah mengurangkan pesanan komponen peranti dari pembekal. Jualan yang lebih rendah ini dipercayai adalah kerana saingan sengit dari peranti-peranti lain khususnya buatan China.

Baca Ulasan Samsung Galaxy S8



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jualan Samsung Galaxy S8 Dilaporkan Lebih Perlahan Berbanding Galaxy S7

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×