Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Twitter Ingin Menambah-Baik Penggunaan Balasan “@” Pada Platform Mereka

Twitter hari ini telah mengumumkan penyata kewangan Mereka untuk suku yang lepas, dan pada Masa Yang Sama mereka turut berkongsi beberapa perancangan untuk perkhidmatan mereka. Salah satunya, Twitter mengatakan mereka akan menambah-baik penggunaan balasan menggunakan “@” pada perkhidmatan mereka.

Walaupun fungsi berkenaan yang menggunakan @namapengguna untuk balasan Tweet agak biasa digunakan oleh kebanyakkan pengguna Twitter aktif, beberapa pengguna baru masih tidak begitu biasa dan faham penggunaannya. Perkara ini turut ditonjolkan dalam filem Chef, dimana pelakonnya merasakan beliau menghantar mesej peribadi melalui penggunaan @ dan bukannya balasan umum.

Twitter dilihat ingin mengatasi masalah berkenaan, dan Pada Masa Yang sama, desas-desus sebelum ini mengatakan Twitter tidak ingin mengira penggunaan balasan nama pengguna dalam pengiraan had aksara.

Twitter masih belum berkongsi perancangan mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa perubahan hadir pada suku tahun ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Twitter Ingin Menambah-Baik Penggunaan Balasan “@” Pada Platform Mereka

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×