Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Messenger Mungkin Kelak Menyertakan Sokongan SMS Dan Multi-Akaun

Pada Android, pihak Google sedia membolehkan pembangun lain mengintegrasikan Sokongan Sms Dan menjadikan aplikasi lain sebagai aplikasi SMS utama mereka. Kini, mengambil kelebihan berkenaan, Facebook dilihat sedang menguji sokongan integrasi SMS pada aplikasi Facebook Messenger mereka.

Facebook pernah menguji integrasi SMS sebelum ini, tetapi ia dihentikan, dan kini nampaknya ia kembali semula. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan Facebook Messenger untuk berinteraksi menggunakan platform permesejan Facebook berkenaan, ataupun melalui SMS. Sekiranya menggunakan SMS, sebuah dot berwarna ungu dipaparkan yang menandakan anda akan menggunakan kredit pada telefon anda. Ujian yang dilakukan Buat Masa Ini tidak menyatukan perbualan pengguna sama melalui SMS ataupun Facebook Messenger menjadi satu seperti Google Hangout.

Satu lagi fungsi yang sedang diuji oleh Facebook adalah sokongan multi-akaun. Walaupun kebanyakkan pengguna hanya mempunyai satu akaun Facebook sahaja, masih terdapat beberapa pengguna dengan lebih daripada satu akaun dan ingin menguruskannya dengan mudah melalui aplikasi Facebook Messenger.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui adakah pihak Facebook akan memperkenalkan ia kepada semua pengguna seluruh dunia ataupun sebaliknya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Messenger Mungkin Kelak Menyertakan Sokongan SMS Dan Multi-Akaun

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×