Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Kini Akan Mula Memaparkan Berapa Kali Video Anda Telah Ditonton

Instagram sedia menyokong muat-naik video ringkas sejak daripada tahun 2013, membolehkan pengguna memuat-naik bukan terhad kepada gambar semata-mata. Namun, pada platform tersebut, sehingga Kini ia hanya memaparkan angka Like sahaja, dan tidak memperlihatkan angka tontonan.

Perkara tersebut kini berubah, apabila kini pihak Instagram turut telah Mula Memaparkan Berapa kali sesuatu video berkenaan telah ditonton oleh pengguna lain. Paparan Tontonan Ini Akan diperlihatkan menggantikan angka Like pada video.

Pengiraan angka Tontonan Ini akan menjadi salah satu metrik yang lebih baik untuk penganalisaan, sekaligus memudahkan lagi mereka yang menggunakan Instagram untuk pemasaran menilai hasil pemasaran mereka.

Instagram mengatakan mereka akan mulakan ujian paparan ini bermula hari ini, dan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna dalam beberapa minggu lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Kini Akan Mula Memaparkan Berapa Kali Video Anda Telah Ditonton

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×