Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spesifikasi PC Untuk Hitman Diumumkan

Hitman-PC-specHitman akan kembali menemui peminat pada Mac Tahun Ini. Selepas empat tahun menanti kini kita boleh kembali mengawal Agent 47 dan memenuhi fantasi menjadi pembunuh upahan paling berbahaya di dunia. Kurang sebulan sebelum pelancaran rasmi, spesifkasi PC untuk permainan ini akhirnya diumumkan oleh SquareEnix. Nampaknya dunia permainan PC dengan RAM serentak 4 Gigabyte dan sistem operasi 32 Bit secara rasminya sudah pupus. Pada waktu yang sama SquareEnix juga mengumumkan bonus pra-tempahan permainan ini iaitu Requiem Blood Money Pack. Pemain akan menerima kostum Hitman: Blood Money berwarna putih, alat letupan berbentuk itik getah dan pistol Silenced ICA-19 Chrome. Episod pertama Hitman akan dijual pada harga $15 dan setiap episod DLC selepas itu dijual pada harga $10. Sekiranya anda membeli season pass, kesemua episod boleh dibeli pada harga $60. Kepada yang lebih menggemari permainan fizikal, kesemua episod hanya akan dijual di dalam cakera optik pada penghujung tahun ini.

Spesifikasi Hitman
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-2500K 3.3GHz

AMD Phenom II X4 940

Pemproses Disarankan Intel Core i7 3770 3.4 GHz

AMD FX-8350 4 GHz

Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX 660

Radeon HD 7870

Kad Grafik Disarankan Nvidia GPU GeForce GTX 770

AMD GPU Radeon R9 290

RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 40 Gigabyte
Sistem Operasi Windows 7, Windows 8.1, Windows 10 (64-bit)

 



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Spesifikasi PC Untuk Hitman Diumumkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×