Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Twitter Memperkenalkan Garis Masa Berasaskan Algoritma Supaya Anda Tidak Terlepas Tweet Penting

Minggu lepas, pelbagai teka-teki hadir berkenaan pengenalan garis mara Berasaskan Algoritma pada Twitter – dimana ia menerima tentangan daripada pengguna, dan CEO-nya turut mengatakan ia tidak akan diaktifkan kepada semua pengguna. Hari ini, bergerak ke hadapan, pihak Twitter secara rasminya mengumumkan sokongan baru pada Garis Masa mereka.

Melalui fungsi baru ini, garis masa Twitter anda akan memaparkan Tweet-Tweet yang anda terlepas ketika tidak melayari perkhidmatan berkenaan. Tweet ini akan Dipaparkan Pada Bahagian atas sekali, dan akan diikuti oleh Tweet-Tweet lain dibawahnya.

Untuk makluman, pihak Twitter sedia menyertakan Fungsi Ini Pada perkhidmatan mereka sejak sebelum ini, tetapi hanya memaparkan angka Tweet yang rendah, dan dipaparkan pada bahagian tengah web mereka ketika melayari kembali perkhidmatan mereka.

Walaubagaimanapun, apa yang menariknya, pengguna diberikan pilihan untuk nyah-aktifkan fungsi ini pada bahagian tetapan setelah ia diaktifkan kepada akaun anda.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Twitter Memperkenalkan Garis Masa Berasaskan Algoritma Supaya Anda Tidak Terlepas Tweet Penting

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×