Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

BlueSpin – Pemutar Kegelisahan Pintar Dengan Sokongan Bluetooth Dihasilkan

Pemutar kegelisahan ialah permainan yang sedang hangat pada waktu semasa. Ia dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan dimiliki oleh hampir kesemua anak saudara ketika Hari Raya. Bagi mereka yang inginkan Pemutar Kegelisahan yang lebih pintar, BlueSpin telah dihasilkan.

Pemutar kegelisahan ini mempunyai sokongan Bluetooth dan sensor terbina. Menerusi aplikasi Android dan iOS, pengguna boleh mengesan tahap kelajuan putaran dan jumlah putar yang pernah dihasilkan. Terdapat elemen sosial di mana putaran paling lama boleh dibandingkan dengan rakan-rakan yang turut memiliki BlueSpin.

Ia turut dilengkapi lampu LED berwarna biru dan bateri sebesar 230 mA. BlueSpin sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh dimiliki pada harga $49 (~RM 210) sebuah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

BlueSpin – Pemutar Kegelisahan Pintar Dengan Sokongan Bluetooth Dihasilkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×