Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Melancarkan Aplikasi Mencari Kiblat Menggunakan AR

Arena augmented reality (AR) menjadi bualan ramai sejak populariti permainan Pokemon Go pada tahun lepas. Pada tahun ini, pelbagai syarikat besar yang memfokuskan terhadap arena berkenaan, bukan sahaja Google, tetapi juga Apple, dan lain-lain.

Terkini, dalam memperlihatkan apakah yang boleh dilakukan menggunakan teknologi berkenaan, Google hari ini memperkenalkan sebuah aplikasi berasaskan web yang menggunakan sokongan AR untuk mengenal-pasti Arah Kiblat yang tepat.

Qibla Finder

Pengguna boleh membuka sebuah pautan web khusus yang disediakan oleh Google, dinamakan Qibla Finder – dan seterusnya mengerakkan peranti mereka ke arah yang sepatutnya, dan memperlihatkan arah kiblat.

Memandangkan ia turut mengguna-pakai kamera, maka pengguna dapat melihat arah kiblat dengan lebih baik berbanding kebiasaan. Google juga turut memaparkan info tambahan seperti jarak Kaaba daripada mereka selepas menghalakan peranti ke arah yang tepat.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Qibla Finder hari ini, dan mengetahui arah kiblat melalui penggunaan AR.

Layari : Qibla Finder



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Melancarkan Aplikasi Mencari Kiblat Menggunakan AR

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×