Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Permainan Age of Empires Asal Menerima Penambah-Baikkan Dan Sokongan Resolusi 4K

Nampaknya tahun 2017 penuh dengan pelbagai nostalgia yang dibawa kembali. Selepas Blizzard mengumumkan pengenalan semula Starcraft Asal dengan beberapa penambah-baikkan, kini Microsoft turut melakukan perkara yang lebih kurang sama melalui Permainan Age of Empires.

Permainan berbentuk strategi masa-nyata yang menyentuh pelbagai aspek sejarah ini kini akan menerima kemaskini melalui nama Age of Empires : Definitive Edition.

Age of Empires

Ia merupakan penambah-baikkan kepada Versi Asal Permainan berkenaan – terutamanya dari segi grafik dan juga audio. Versi baru ini kelak akan menyokong sokongan pada paparan resolusi 4K, selain turut menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan – termasuk integrasi Xbox Live. Sebuah soundtrack baru juga akan melengkapkan permainan Age of Empires asal yang ditambah-baik ini.

Untuk makluman, versi asal permainan ini telah diperkenalkan pada 1997 yang lepas, dan beberapa sekuel untuknya telah diperkenalkan sebelum ini. Pengenalan kembali permainan asal ini semestinya mengimbau kembali nostalgia ramai pemain sekitar sedekad dua yang lepas.

Permainan yang ditambah-baik ini bakal hadir kelak pada tahun ini, dan ditawarkan untuk PC.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Permainan Age of Empires Asal Menerima Penambah-Baikkan Dan Sokongan Resolusi 4K

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×