Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Skyrim VR Antara Enam Permainan Baru Diumumkan Untuk PlayStation VR

Kepada pemilik PlayStation VR, Sony ingin mengingatkan anda masih belum dilupakan tidak seperti pemilik Vita. Empat permainan baru diumumkan untuk peranti realiti maya ketiga paling popular di dunia hari ini. Pertama sekali ialah Skyrim VR. Pengumuman versi realiti maya ini agak mengejutkan kerana semalam hanya Doom VFR dan Fallout 4 VR diumumkan oleh Bathesda. Anda kini boleh menjadi Dovahkiin dan menentang naga secara masa di PlayStation 4 pada bulan November.

Bagi yang inginkan permainan lebih santai, Monster of the Deep: Final Fantasy XV diumumkan. Ia sebuah permainan memancing ikan dan haiwan eksotik memaparkan watak Putera Noctis. Ini ialah permainan realiti maya kedua selepas Final Fantasy VR Experience yang menggunakan IP Final Fantasy XV setakat ini.

Starchild ialah permainan platformer yang langsung agak aneh sebagai sebuah permainan realiti maya. Bravo Team pula sebuah permainan FPS moden yang secara ikhlas nampak agak generik buat masa ini. Trailer yang amat pendek tidak memberikan sebarang maklumat mengenai jalan cerita.

Moss ialah permainan pengembaraan yang membenarkan pemain mengawal seekor tikus. Kualiti grafik nampak seperti sebuah filem animasi dengan banyak elemen fantasi. bagi mereka yang gemarkan permainan aksi pengembaraan, ini mungkin permainan PSVR yang dinantikan.

Akhir sekali ialah The Inpatient ialah IP baru yang agak mengujakan. Ia sebuah permainan seram yang bertempat di dalam sebuah hospital. Maklumat terperinci tidak diketahui setakat ini tetapi Inpatient dibangunkan oleh Supermassive  yang mempunyai pengalaman menghasilkan permainan seram Until Dawn sebelum ini.,



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Skyrim VR Antara Enam Permainan Baru Diumumkan Untuk PlayStation VR

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×