Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Melancarkan PlayLink – Mengawal Permainan PlayStation 4 Menggunakan Peranti Android Dan iOS

Kebanyakan pemilik PlayStation 4 hanya memiliki dua pengawal Permainan DualShock 4 di rumah. Dengan adanya pengawal kedua, permainan seperti Tekken 7 boleh dinikmati dua pemain secara serentak tanpa perlu menggunakan mod atas talian. Jika lebih dari dua orang ingin bermain serentak (seperti permainan FIFA misalnya), jarang sekali terdapat pengawal permainan tambahan. Oleh itu PlayLink dilancarkan oleh Sony pagi tadi.

Dengan PlayLink, sesetengah permainan PS4 boleh dikawal sehingga enam pemain dengan hanya menggunakan peranti Android Dan Ios. Aplikasi PlayLink menggalakkan permainan secara berkumpulan dapat dilakukan dengan mudah. Lima permainan menyokong PlayLink telah diumumkan iaitu That’s You, Hidden Agenda, Frantics, Knowledge is Power dan Singstar Celebration.

Paling menarik ialah Hidden Agenda dari Supermassive Games yang membangunkan permainan Until Dawn. Di dalam permainan ini nasib watak di dalam permainan dikawal sepenuhnya oleh pemain secara berkumpulan. Idea Hidden Agenda muncul selepas Supermassive menyedari ramai penonton ingin mengawal nasib watak Until Dawn tetapi ia hanya boleh dikawal pemain yang memegang alat pengawal.

Sempena pelancaran PlayLink, permainan That’s You akan diberikan percuma kepada pemegang akaun PlayStation Plus pada bulan Julai. Permainan PlayStation 4 kini akan memerlukan lebih banyak interaksi sosial.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Melancarkan PlayLink – Mengawal Permainan PlayStation 4 Menggunakan Peranti Android Dan iOS

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×