Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Malware Untuk macOS Tersebar Melalui Perisian Popular, HandBrake

HandBrake merupakan salah satu Perisian popular yang digunakan ramai dalam mengubah atau transcode sesuatu video. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform termasuk untuk macOS.

Terkini, pembangunnya telah mengeluarkan amaran kepada pengguna macOS yang menggunakan perisian mereka, terutamanya sekiranya muat-turun antara 2 Mei 2017 hingga 6 Mei 2017 lepas. Ini kerana, mereka dapati pelayan muat-turun perisian Berkenaan telah digodam, dan malware untuk MacOS tersebar bersama-sama dengannya.

Sekiranya anda memuat-turun perisian berkenaan pada tempoh berkenaan, terdapat 50% peluang dimana sistem anda diancam dengan malware yang dinamakan sebagai OSX.Proton.

Bagi anda yang menggunakan HandBrake, mungkin boleh menyemak perisian dan komputer anda untuk mengelak ia dijangkiti malware berkenaan. Pembangun HandBrake sendiri menyediakan arahan ringkas untuk tujuan berkenaan, dan kini dalam proses mengambil langkah sekuriti tambahan untuk mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Malware Untuk macOS Tersebar Melalui Perisian Popular, HandBrake

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×