Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cahaya Raya Bersama Shopee Diumumkan – Diskaun Barangan Sehingga 90%

Bulan Ramadhan sudah menghampiri kita dan beberapa startup telahpun memulakan kempen khusus bagi bulan yang disambut ramai ini. Jika semalam aplikasi Terawhere bakal dilancarkan bagi memudahkan anda berkongsi kenderaan ke masjid, Shopee pula telah mengumumkan kempen khusus yang akan diadakan bermula minggu hadapan sehingga akhir bulan Jun.

Cahaya Raya Bersama Shopee akan diadakan bermula 15 Mei sehingga 30 Jun. Dalam tempoh ini sebanyak 20 aktiviti akan dijalankan antaranya jualan produk jenama khusus, cabutan bertuah selama 45 hari, pertandingan yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya serta Hari Ibu dan bermacam lagi. Dalam tempoh ini juga proses pembayaran secara tunai akan mula diterima oleh Shopee dengan kerjasama Pos Malaysia.

Lebih dari itu Shopee juga akan mengadakan acara perkongsian Shopee Uni BM Tour dimana mereka akan mengadakan bengkel bagi menggunakan aplikasi Shopee dan mempelajari jual-beli atas talian. Berbeza dengan Shopee Uni Tour sebelum ini, kali ini ia akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Star, Kedah (6 Jun 2017).

Selain dari itu, pengguna juga boleh memperoleh tawaran khusus seperti diskaun, wang tunai, dan juga baucar jenama lain antaranya AirAsiaGo, Digi, iflix, RHB, Tealive Senheng dan pelbagai lagi. Masih terdapat masa sebelum bermulanya kempen Cahaya Raya Bersama Shopee dan anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaannya di halaman rasmi mereka.

Layari: Cahaya Raya Bersama Shopee



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Cahaya Raya Bersama Shopee Diumumkan – Diskaun Barangan Sehingga 90%

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×