Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Terawhere Bakal Dilancarkan – Memudahkan Pengguna Berkongsi Kenderaan Ke Solat Terawih

Bulan Ramadhan Bakal menjelang tiba, dan seperti biasa, kita akan dpat melihat beberapa aplikasi yang dibangunkan khusus bersempena dengannya. Terkini, salah satu aplikasi yang dilihat dalam pembangunan dan dijangka hadir tidak lama lagi adalah Terawhere.

Terawhere ini dibangunkan oleh pembangun daripada Singapura. Ia tidak dinyatakan bilakah akan dilancarkan, tetapi sekadar diketahui ia bakal hadir sebelum bulan Ramadhan kelak.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi kenderaan ketika ingin ke solat Terawih, dan pada masa yang sama mengenali rakan-rakan baru. Ia akan menghubungkan pemandu kenderaan dengan pengguna berdekatan dengan mereka.

Aplikasi ini bakal ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS. Perkembangan dan idea ini semestinya salah satu kaedah baik dalam mengenali rakan-rakan baru, selain memudahkan proses pengangkutan ke masjid.

Walaupun dilancarkan untuk pasaran Singapura, tetapi sekiranya ia menggunakan konsep “perkongsian awam”, maka tidak mustahil untuk kita di Malaysia, atau seluruh dunia menggunakannya.

Layari : Terawhere



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Terawhere Bakal Dilancarkan – Memudahkan Pengguna Berkongsi Kenderaan Ke Solat Terawih

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×