Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Yi Technology Turut Memperkenalkan Kamera 360-darjah Untuk Pengguna, Yi 360 VR Camera

Bersama-sama pengenalan Kamera profesional Yi Halo, pihak Yi Technology juga turut mengambil peluang memperkenalkan kamera rakaman gambar 360-darjah untuk pengguna, dinamakan sebagai Yi 360 VR Camera. Kamera ini dijangka dijual bermula bulan Jun 2017 ini.

Yi 360 VR Camera Ini hadir dengan gabungan dua lensa 12-megapixel daripada Sony yang merakamkan gambar atau video pada resolusi sehingga 5.7k pada kelajuan 30fps. Padanya, ia mendahului pelbagai pesaing lain dalam arena rakaman 360-darjah. Kamera ini turut menyertakan sebuah pemprosesan khusus dinamakan sebagai Ambarella H2V95 yang membolehkan penyuntingan dan gabungan video menjadi 360-darjah dilakukan terus dalam kamera berkenaan.

Yi 360 VR Camera

Disamping itu, seperti Gear 360 yang baru, pengguna juga turut boleh menggunakan kamera ini untuk tujuan penyiaran video 360-darjah secara langsung melalui platform seperti Facebook.

Yi 360 VR Camera ini akan dijual pada harga $399, iaitu sekitar RM1755. Mungkin bagi alternatif mereka yang inginkan kamera yang lebih berkuasa daripada Xiaomi Mi Panoramic, maka kamera Yi 360 VR Camera ini adalah sesuai.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Yi Technology Turut Memperkenalkan Kamera 360-darjah Untuk Pengguna, Yi 360 VR Camera

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×