Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Moto M – Keseimbangan Antara Faktor Pemilikan & Prestasi

Ramai yang kenal akan jenama Motorola. Dibawah pemilikan terbaru Lenovo, ia diposisikan sebagai Peranti dengan jenama yang berada di tahap atas demi bersaing dengan jenama premium lain. Moto M merupakan model terkini yang hadir membawa prestasi yang baik, serta mampu dimiliki semua.

Spesifikasi & Prestasi Memberangsangkan

Sebagai telefon yang berada dalam kelas pertengahan, Moto M membawakan pelbagai spesifikasi yang baik dalam kelasnya. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P15 lapan-teras Cortex-A53 2.2 GHz. Ia juga mempunyai RAM sebesar 4GB. Integrasi kedua-dua ciri ini dengan Android Marshmallow Stock, iaitu pengalaman Android yang asli, tanpa sebarang penambahan dari pihak pengeluar memberikan kelancaran dalam menggunakan peranti ini.

Mungkin anda merasakan faktor Android Stock ini bukanlah satu kriteria utama. Untuk makluman anda, setiap pengeluar peranti Android boleh melakukan kustomasi dan rekaan baru terhadap launcher namun kebanyakan masa, penambahan dari pengilang boleh melambatkan sistem beroperasi. Justeru penggunaan Android Marshmallow yang tidak diubah oleh Motorola memberikan lebih kelancaran pada Moto M.

Berkenaan sifat fizikal peranti ini, ia mempunyai nama ‘M’ mengambil dari sifat ‘Metal’ membawakan binaan logam secara keseluruhan sekaligus memberikan ciri premium padanya. Dari segi paparan, ia menggunakan paparan 5.5-inci 1080p IPS LCD, dengan ketumpatan pixel 401 ppi yang memberikan perincian yang jelas dan sangat teliti pada paparan. Pada ketumpatan pixel sebegini, tulisan tampak lebih jelas, dan kualiti imej yang lebih baik. Melengkapkan pengalaman sebegini adalah pembesar suara dengan teknologi Dolby Atmos untuk kualiti bunyi yang sangat baik.

Kamera utama yang disertakan pada Moto M mempunyai sensor 16MP f/2.0 dengan sokongan lampu flash dan dari pengujian pada ulasan kami, kameranya berfungsi dengan baik untuk kegunaan harian. Ia turut disertakan dengan kawalan manual dan juga beberapa mod rakaman yang lain bagi memberikan variasi.

Baca: Ulasan Moto M

Mampu Dimiliki Semua

Dengan tawaran harga RM 1,199, Moto M merupakan peranti dengan spesifikasi yang baik dan memenuhi segala ciri-ciri yang perlu ada pada peranti, tanpa mengorbankan sebarang prestasi. Malah pada harga tersebut, jika anda mencari peranti yang menyokong dwi-SIM, ia merupakan satu pilihan yang bagus pada kelasnya.

Ia turut hadir dalam dua pilihan warna iaitu emas dan kelabu, dan dengan USB-C, memilikinya boleh dikatakan yang anda mempunyai telefon pintar terkini, sejajar dengan perkembangan teknologi.

Beli: Moto M

Penafian: Advertorial dari Lenovo Malaysia



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Moto M – Keseimbangan Antara Faktor Pemilikan & Prestasi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×